Saturday 28 January 2012

Dari Kekasih Buat Kekasih

 
Duhai hati..
bersungguh benarkah kasihmu itu?
Duhai jiwa..
tegarkah sayangmu pada pencintamu?
Duhai mata..
air mata rindukah yang mengalir darimu?
Duhai jarak..
kau lah punca mereka bersedih..
Pulangkan kekasih pada pencintanya..


Jangan Selalu Alirkan Air Mata
Bila Kita Berjauhan...
Itu Akan Menyebabkan Hatiku
Berasa Berat Untuk Melepaskanmu Pergi...
Walaupun Ku Tahu Ianya
Hanyalah Untuk Sementara


Kredit: Hafizin Othman

Jangan Cabut Uban!

Apa itu uban? 

 Menurut kamus,carik  bahagian U (#haha);

Uban adalah rambut yang sudah putih ataupun mulai menjadi putih.

Aaaaaaaaaaaaaaaaa!! Iboh2..mesti xmau kan?  Tapi akan ada jgk..beza cepat dgn lambat ja..muda dgn tua ja..err muda pn ada ka? hehe..ada sapa cakap takda..ramai ja kawan beta ada uban muda2..napa bleh jadi uban ah? 

Cemana boleh terjadinya uban?

  • Pigmen yg menentukan warna rambut tuh dah takda.
- Ada sesetengah org tu tubuh dia memang tak mampu utk hasilkan pigmen.
- Kadar pigmen jgk boleh berkurang bila tubuh kita kekurangan gizi.
  • Penghidap penyakit imunologi anemia pernisiosa (kekurangan darah merah atau VitB12). 
  • Stress. 
  • Faktor genetik dan kekurangan melanin didalam folikel rambut.

Menurut sebuah kajian tahun 1996 dalam Brirtish Medical Journal:

"Orang yg merokok empat kali lebih berkemungkinan mengalami uban pramatang berbanding orang yang tidak merokok."


Source: http://www.metrogaya.com/home/kenapa-uban-muncul-di-usia-muda

 Jangan cabut uban!
Sabda Nabi SAW:
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” 

(Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)
(Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini Hasan)

Thursday 26 January 2012

Telur Separuh Masak dan Khasiatnya


Entri kali ni lebih berbentuk ilmiah..jadi beta cuba sedaya upaya untuk menukarkan ayat-ayat fakta sains menjadi point-point dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Susah jugak budak fizik belajar benda nih..hoho..Dalam entri ni kita bahagikan kepada 3 pecahan:
  • Telur Separuh Masak/ Half-boiled Egg
  • Khasiat Telur 
  • Khasiat Telur Separuh Masak


Jom kita ringan-ringankan kepala dulu dengan menghadap gambar makanan! ahaks!
  • Telur Separuh Masak/ Half-boiled Egg
Breakfast telur separuh masak memang sedap..biasanya bersarapan dengan telur separuh masak atau nama inggerisnya soft-boilled egg ni popular di Asia Tenggara terutamanya di negara kita neh Malaysia dan di Singapura. Kalo kita2 ni biasanya kita panggil telur separuh masak atau half-boiled egg. Cemana nak makan ni eh? 
Nak masak boleh guna heater atau boiler:
 
heater and boiler sebijik mcm beta punye..huhu
 Pastu serve la dlm pinggan di samping kicap n lada: 

kuning dia beku..xbesh!
 Tabur la sebanyak mana yg anda suka:

nyum2..nyaman eh..
 Telur separuh masak jugak boleh di makan dengan roti bakar mentega atau kaya:

tak penah lak mkn camni..bleh cuba..weee
Kalo kat Jepun telur separuh masak ni dihidang dengan ramen:

err? sama tak kalo mkn dgn megi je? hehe..
 source:  
http://en.wikipedia.org/wiki/Boiled_egg
google image

 Ok, dah masuk sains+medik..layannnnnnnnnn!!
  • Khasiat Telur
Sebelum kita cerita pasal khasiat telur separuh masak jom kita literature review dulu khasiat telur..haha mcm polah fyp! Ok! Chapter 2 is ON.

Telur ayam adalah penawar bagi byk penyakit terutama skali telur ayam kampung sbb telur ayam kampung mengandungi vitamin dan galian yg cukup sbb diorg ayam tu kan makan makanan asli dan organik..bebas dari bahan kimia. 

Antara khasiat telur adalah:
  • Kandungan telur kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
  • Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah dan mudah dihadam.
  • Telur juga merupakan sumber mineral.
  • Bahagian kuning telur mengandungi zat-zat penting di antaranya 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Err..kolesterol pun dalam ni jgk tau!

Mengikut kajian dalam jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005:
  • Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara.
  • Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. *yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!
 Dalam satu hadith dinyatakan maksudnya:

"Imam Biahaqi meriwayatkan bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur."

Di antara khasiat kuning telur ialah; menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk. Jelaskan? telur merupakan makanan yang baik untuk kita menambah tenaga..bila badan sihat otak pun cergas!

 source:
http://wanitasihat.com/khasiat-telur/  

Keywords utk teks kat bawah ni adalah lechitin and choline. #aiyakkk!
  • Khasiat Telur Separuh Masak
Khasiat telur separuh masak lebih kurang ja mcm khasiat telur..yela bahan asasnya telur jugak kan..bezanya telur yang direbus separa masak akan masih menjaga kandungan lecithin nya. Lechitin akan rosak kalo kalo kita rebus telur keras terus..atau nama omputihnya hard-boiled egg. Kali ni perbincangan kita concern kpd lechitin okeh.

Apa benda lak lechitin segala nih?

Sini kita translate apa encik wiki ckp..semua dia tau kan? huh! ok..katanya:

"Lecithin adalah istilah generik untuk menetapkan mana-mana kumpulan yang berwarna kuning-keperangan bahan-bahan lemak yang berlaku dalam tisu haiwan dan tumbuhan, dan dalam kuning telur, yang terdiri daripada asid fosforik, choline, asid lemak, gliserol, glycolipids, trigliserida, dan phospholipid (contohnya, phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, dan phosphatidylinositol)."

Err..susahnya tak blaja sains..jom kita google lagik! kita ambik point2 okeh..<fokus2 blaja>

Lecithin adalah molekul lemak yang mengandungi nutrien penting, like fosfat choline, dan asid lemak. Semua ni perlu untuk fungsi badan kita..

Linus Pauling dari Institut Penyelidikan di Universiti Oregon kata bahawasanya: 

"walaupun choline di lechitin adalah dihasilkan dalam jumlah yang kecil dalam badan, kita mesti mengambilnya dalam diet untuk mengekalkan kesihatan." 

Satu laporan 2009 dari Persatuan Pemakanan Amerika berkata, National Academy of Sciences Amerika Syarikat mengesyorkan:

"we have an adequate intake of choline found in lecithin, and the adequate intake level set is 550 mg daily for men and 425 mg daily for women."

Mengikut google translate dan secara ringkasnya; tahap pengambilan choline yang dijumpai dalam lechitin yang mencukupi adalah 550 mg setiap hari untuk lelaki dan 425 mg setiap hari untuk wanita.

Menurut NutritionData.com, sebuah laman web yang menyampaikan maklumat pemakanan dari USDA pula katanya:  
"lechitin dalam satu telur rebus mengandungi 306 mg choline."

Apa khasiat choline di dalam lechitin nih? Ada tiga faedah semuanya:
  1. Perlindungan kolesterol
  2. Faedah Pundi Hempedu
  3. Perlindungan Kanser 
Jom kita go through satu-satu..

  1. Perlindungan kolesterol
Ramai org tak nak mkn telur sebab kolesterol tinggi..ya kah? 

Satu daripada laporan Kansas State University menjelaskan bahawa:

"lechitin dalam telur telah didapati berkesan dalam mencegah penyerapan kolesterol dalam badan."
  
Naa..tak tau kan? Ni la nak bagitau..walaupun telur tu jumlah kolesterol dia tinggi, tapi lechitin yg tinggi tadi ni counteract balik..
  
Institut Linus Pauling juga berkongsi bahawa:

"without adequate amounts of phosphatidylcholine (lecithin), the levels of cholesterol and fat build up within the liver."
  1. Faedah Pundi Hempedu
University of Maryland Medical Center melaporkan:

"lechitin merupakan salah satu bahan utama dalam hempedu."

National Institutes of Health menggambarkan:

"hempedu sebagai bendalir penghadaman yang dibuat di dalam hati dan dihantar ke pundi hempedu untuk penyimpanan.  

Hempedu juga membantu memecahkan lemak sebelum ia dihantar ke dalam aliran darah.  

Satu sebatian dalam lechitin yang membolehkan pecahan ini adalah choline.  

Tanpa jumlah lechitin yang mencukupi dalam badan, lemak tidak dipecahkan dengan betul, dan batu karang boleh terbentuk di dalam pundi hempedu.

Got it? Pening? ok..kita simpulkan..katanya;
  1. Hempedu ni adalah sejenis bendalir utk mengahadam.
  2. Ia jgk boleh tolong utk pecahkan lemak.
  3. Ingat tak dekat atas ada sebut dlm lechitin ada choline? Naa..benda ni la yg memecahkan lemak.
  4. Kalau jumlah lechitin ni tak cukup dalam badan, lemak tuh tak pecah betul..kes ni la yg jadi batu karang tuh!
  1. Perlindungan Kanser
 Institut Linus Pauling berkongsi  dalam kajian yang dilakukan pada tikus bahawasanya:

"kekurangan choline yang ditemui dalam lechitin dikaitkan dengan peningkatan dalam kanser hati. 

Ini adalah kerana dengan pengambilan choline yang tidak mencukupi, hati akan sensitif kepada bahan kimia penyebab kanser.  

Dalam tikus, kekurangan choline diet dikaitkan dengan peningkatan insiden kanser hati spontan (spontaneous liver cancer) dan meningkatkan sensitiviti kepada bahan kimia karsinogen.  

dengan tahap choline yang rendah, DNA tidak boleh membaiki diri sendiri dengan betul, menyebabkan mutasi yang boleh menjadi karsinogen."

Weeeeeeeeeeeeee~~ pening2..aku bukan budak medik! Ok meh kita konklusikannya;

*bear in mind that choline is in lechitin*

  1. Kalau kadar pengambilan choline ni kurang yakni tak cukup pada kadar yg sepatutnya, 
  2. DNA dlm badan tak dapat baiki diri sniri dgn betul, 
  3. Dan terjadilah bahan kimia karsinogen,
  4. Hati kita akan sensitif kpd bahan kimia tersebut.
  5. Kes ni boleh menyebabkan kanser hati. 
Source: 
http://www.livestrong.com/article/19461-benefits-egg-lecithin/

Tuesday 24 January 2012

JalanJalan: Holiday 2H3M

FREEDOM!! After exam, sengaja balik lambat neh..sebabnya dah ada program..jom g jalan-jalan..
Bercuti di Sarawak memang best..de main location ofkos sekitar Kuching..bermula dari tanggal 16 Januari 2012 (malam) sampai 18 Januari 2012. Kat mana ja nak pusing area Kuching ni? Jom kita recap!!

Day 1 (16012012): takda la pusing mana pun sebab tukang bagi sewa keta tuh wat hal..panasnya hati..malam baru kuar..huh malam? ada ka lagi tempat pake bejalan waktu malam? haha..
  • Lokasi lepak 1: Boulevard (shopping complex) --> g mengurut beb! kerusi urut (for sure bukan gintel) RM2 for 15 minutes..besh nak? cobala..apa gik..
  • Lokasi lepak 2: Taman Sahabat (kurang lebih mcm taman rekreasi) --> sgt sesuai pake luahan hati..ahaks!
  • Lokasi lepak 3: Santubong (beach) --> de besh beb! xtau nak describe..nanti la upload pic..haha

Conclusion..sangat besh and menenangkan..pake rilek2 otak dan badan..akibatnya ha! tghari baru bangun..bagus..tergendala program Day 2..tapi since dalam list nang banyak la tempat nak pegi..aktiviti tetap diteruskan!  ~end of Day 1~

Day 2 (170102): 
  • Lokasi lepak 1: Semenggoh Wildlife Centre (National Park) --> ni tempat Orang Utan sebenarnya..betul2 dlm hutan..only yang berminat dgn nature jak yg tau menghargai..meh nak cite details tempat ni sket..
Entrance ticket: RM3 per head (adult)
Feeding time: 3 - 4 o'clock
p/s: masa yg sesuai utk pegi adalah around April - October sebab masa ni bukan musim buah..so Orang Utan akan kuar utk makan..tapi begelut la dgn mat salleh n minah salleh..haha..

ni la driver yg bertanggungjawab menunaikan list of locations yg dah di plan

 err?? sementara tunggu Orang Utan kuar..

abg tu la yg calling2 Orang Utan tuh..diorg da ready makanan n minuman..

 Ritchie..the bigger one

FYI Richie ni datang dari dalam hutan..gayut2 dari 1 dahan ke 1 dahan..sampaila ke tmpt makan ni..moment tunggu dia datang tu yg best senanya..sebab waktu ni biasanya Orang Utan takkan kuar makan..sebab ni musim buah kat dalam hutan tuh..tapi yg ni manjak sket kot..nak feeding jak..nway thanx sebab kuar makan..dapat juak tangga kitak depan2 ow..haha..(view ni zoom in senanya)..

time to balik!! ofkos begambar dulu..Sila Datang Lagi..i'm coming next April..hoho
  • Lokasi lepak 2: Tasik Pustaka --> petang2 mmg besh lepaking sini..sgt mendamaikan..liat ikan yg banyak dan itik berenang ke tepian..walawehh..tgk jak la bwh neh!
 yg manakah jantan yg manakah betina? weee~~ pic tok ng kacak!
  • Lokasi Lepak 3: Bulatan (nnt la update nama..lupak mk ngafal) --> pake ambik gambar jak tok..uhuk syg driver kmk! sang driver ckp dah lama dia nak pegi sini..huhu..bulatan ni ada air pancut tengah2 nya..and tak selalunya di pasang..alang2 dah pasang sanggup park keta tepi jalan..jom kita melintas!
 pose jak la utk kenangan..

~end of Day 2~

Day 3 (180102): 
  • Lokasi lepak 1: Air Terjun Ranchan --> mcm biasa..flight delay..sepatutnya pegi awal lg..tapi dh jam 9am lebih baru jalan..takpe..redah je! tempat ni kat Serian..tak la jauh sgt dari Kuching..jom tengok gambar lagi..
  cantik kan? naa..

     
    hoho..suke nampak??
    • Lokasi lepak 2: Taman Tasik Serian --> menghala ke Ranchan akan jumpa tempat ni dulu..tengok dari luaran..nothing special..tapi bagi org yg sukakan kedamaian dan ketenangan diz is de place..for de time being ada pondok2 kecik merentas tasik yg under construction..tak lama lagi siap la tu..bleh jalan lagi! yeay!  
     dear pondok..here I come!
     konon2 jak berani..gayat~~

    sebarang jak petik! weee~~
     
    bot..ada cerita yang tersirat

    • Lokasi lepak 3: Sunset Cruise (waterfront) --> wow..setelah sekian lama beta memendam hasrat nak naik cruise nih..some people says its not worth..bayaran RM60 untuk 1 jam setengah pusing Sungai Sarawak..tapi keinginan hati nih lagi kuat! jom kita naik! yeah~ bermula jam 5.30pm cruise nih akan berjalan menyusuri Sungai Sarawak (tak la sampai ujung ke ujung) sambil they briefing apa2 yg ada di kiri dan kanan sungai..cat city view..sungguh! its de best experience I have..dgn suasana sunset..sightseeing..minum petang (aik oren nya nyaman..ahaks)..dalam jam 6.30pm ada pulak persembahan kebudayaan dari penari Kampung Budaya..nya sorang jak..jak la ujan..tedah~~hehe..gambar masih dlm hp..nanti la update..
    ~end of Day 3~

    Pengalaman yang tak mungkin dilupakan..bila kita di tempat org bawak2 la meronda bila ada masa..kos boleh dipertimbangkan..memang la kuarkan duit sket..utk pengangkutan, penginapan, makan minum, fees itu ini..pandai2 la bajet..yg penting kepuasan utk org yg kaki travel!

    Tagged: Hafizin Othman
    Kredit: Hafizin Othman










    Monday 23 January 2012

    Cerita Seorang Gadis

    Seraut wajah penuh dengan cerita
    Kisah hidup pahit dan manis
    Siapalah yang akan mengerti
    Nalurinya tersentuh syahdu
    Oleh gurauan duniawi

    Di satu sudut sepi
    Di pinggir sepi sekeping hati
    Tercoret satu nota yang panjang
    Lalu elusan lembut sang bayu
    Membelanya dengan lembut
    Seakan-akan mengerti...
    Tangisan syahdu sang gadis

    Di keheningan malam
    Si gadis tercari-cari dalam surah
    Di manakah perginya sinar itu
    Membawa kemesraan lalu
    Lantas si gadis tertunduk pilu
    Terhimpit oleh perasaan

    Di bibir yang ayu
    Terkeluar satu keluhan mengusik jiwa
    Si gadis kerdil meratap masa depannya
    Mencari sebuah kepastian hidup
    Menanti sinar dalam kehidupan
    Sang mentari

    Kini...
    Tertutup tirai semalam
    Seabadi kasihnya di pinggir hati
    Doa dan restu mengiringi
    Menuruni lembah mendaki pergunungan
    Mencari setitik kasih sayang
    Di alam fana ini

    Nukilan: Suhaili Mustafa
    Kredit: Hafizin Othman