Thursday, 26 January 2012

Telur Separuh Masak dan Khasiatnya


Entri kali ni lebih berbentuk ilmiah..jadi beta cuba sedaya upaya untuk menukarkan ayat-ayat fakta sains menjadi point-point dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Susah jugak budak fizik belajar benda nih..hoho..Dalam entri ni kita bahagikan kepada 3 pecahan:
  • Telur Separuh Masak/ Half-boiled Egg
  • Khasiat Telur 
  • Khasiat Telur Separuh Masak


Jom kita ringan-ringankan kepala dulu dengan menghadap gambar makanan! ahaks!
  • Telur Separuh Masak/ Half-boiled Egg
Breakfast telur separuh masak memang sedap..biasanya bersarapan dengan telur separuh masak atau nama inggerisnya soft-boilled egg ni popular di Asia Tenggara terutamanya di negara kita neh Malaysia dan di Singapura. Kalo kita2 ni biasanya kita panggil telur separuh masak atau half-boiled egg. Cemana nak makan ni eh? 
Nak masak boleh guna heater atau boiler:
 
heater and boiler sebijik mcm beta punye..huhu
 Pastu serve la dlm pinggan di samping kicap n lada: 

kuning dia beku..xbesh!
 Tabur la sebanyak mana yg anda suka:

nyum2..nyaman eh..
 Telur separuh masak jugak boleh di makan dengan roti bakar mentega atau kaya:

tak penah lak mkn camni..bleh cuba..weee
Kalo kat Jepun telur separuh masak ni dihidang dengan ramen:

err? sama tak kalo mkn dgn megi je? hehe..
 source:  
http://en.wikipedia.org/wiki/Boiled_egg
google image

 Ok, dah masuk sains+medik..layannnnnnnnnn!!
  • Khasiat Telur
Sebelum kita cerita pasal khasiat telur separuh masak jom kita literature review dulu khasiat telur..haha mcm polah fyp! Ok! Chapter 2 is ON.

Telur ayam adalah penawar bagi byk penyakit terutama skali telur ayam kampung sbb telur ayam kampung mengandungi vitamin dan galian yg cukup sbb diorg ayam tu kan makan makanan asli dan organik..bebas dari bahan kimia. 

Antara khasiat telur adalah:
  • Kandungan telur kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
  • Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah dan mudah dihadam.
  • Telur juga merupakan sumber mineral.
  • Bahagian kuning telur mengandungi zat-zat penting di antaranya 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Err..kolesterol pun dalam ni jgk tau!

Mengikut kajian dalam jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005:
  • Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara.
  • Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. *yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!
 Dalam satu hadith dinyatakan maksudnya:

"Imam Biahaqi meriwayatkan bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur."

Di antara khasiat kuning telur ialah; menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk. Jelaskan? telur merupakan makanan yang baik untuk kita menambah tenaga..bila badan sihat otak pun cergas!

 source:
http://wanitasihat.com/khasiat-telur/  

Keywords utk teks kat bawah ni adalah lechitin and choline. #aiyakkk!
  • Khasiat Telur Separuh Masak
Khasiat telur separuh masak lebih kurang ja mcm khasiat telur..yela bahan asasnya telur jugak kan..bezanya telur yang direbus separa masak akan masih menjaga kandungan lecithin nya. Lechitin akan rosak kalo kalo kita rebus telur keras terus..atau nama omputihnya hard-boiled egg. Kali ni perbincangan kita concern kpd lechitin okeh.

Apa benda lak lechitin segala nih?

Sini kita translate apa encik wiki ckp..semua dia tau kan? huh! ok..katanya:

"Lecithin adalah istilah generik untuk menetapkan mana-mana kumpulan yang berwarna kuning-keperangan bahan-bahan lemak yang berlaku dalam tisu haiwan dan tumbuhan, dan dalam kuning telur, yang terdiri daripada asid fosforik, choline, asid lemak, gliserol, glycolipids, trigliserida, dan phospholipid (contohnya, phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, dan phosphatidylinositol)."

Err..susahnya tak blaja sains..jom kita google lagik! kita ambik point2 okeh..<fokus2 blaja>

Lecithin adalah molekul lemak yang mengandungi nutrien penting, like fosfat choline, dan asid lemak. Semua ni perlu untuk fungsi badan kita..

Linus Pauling dari Institut Penyelidikan di Universiti Oregon kata bahawasanya: 

"walaupun choline di lechitin adalah dihasilkan dalam jumlah yang kecil dalam badan, kita mesti mengambilnya dalam diet untuk mengekalkan kesihatan." 

Satu laporan 2009 dari Persatuan Pemakanan Amerika berkata, National Academy of Sciences Amerika Syarikat mengesyorkan:

"we have an adequate intake of choline found in lecithin, and the adequate intake level set is 550 mg daily for men and 425 mg daily for women."

Mengikut google translate dan secara ringkasnya; tahap pengambilan choline yang dijumpai dalam lechitin yang mencukupi adalah 550 mg setiap hari untuk lelaki dan 425 mg setiap hari untuk wanita.

Menurut NutritionData.com, sebuah laman web yang menyampaikan maklumat pemakanan dari USDA pula katanya:  
"lechitin dalam satu telur rebus mengandungi 306 mg choline."

Apa khasiat choline di dalam lechitin nih? Ada tiga faedah semuanya:
  1. Perlindungan kolesterol
  2. Faedah Pundi Hempedu
  3. Perlindungan Kanser 
Jom kita go through satu-satu..

  1. Perlindungan kolesterol
Ramai org tak nak mkn telur sebab kolesterol tinggi..ya kah? 

Satu daripada laporan Kansas State University menjelaskan bahawa:

"lechitin dalam telur telah didapati berkesan dalam mencegah penyerapan kolesterol dalam badan."
  
Naa..tak tau kan? Ni la nak bagitau..walaupun telur tu jumlah kolesterol dia tinggi, tapi lechitin yg tinggi tadi ni counteract balik..
  
Institut Linus Pauling juga berkongsi bahawa:

"without adequate amounts of phosphatidylcholine (lecithin), the levels of cholesterol and fat build up within the liver."
  1. Faedah Pundi Hempedu
University of Maryland Medical Center melaporkan:

"lechitin merupakan salah satu bahan utama dalam hempedu."

National Institutes of Health menggambarkan:

"hempedu sebagai bendalir penghadaman yang dibuat di dalam hati dan dihantar ke pundi hempedu untuk penyimpanan.  

Hempedu juga membantu memecahkan lemak sebelum ia dihantar ke dalam aliran darah.  

Satu sebatian dalam lechitin yang membolehkan pecahan ini adalah choline.  

Tanpa jumlah lechitin yang mencukupi dalam badan, lemak tidak dipecahkan dengan betul, dan batu karang boleh terbentuk di dalam pundi hempedu.

Got it? Pening? ok..kita simpulkan..katanya;
  1. Hempedu ni adalah sejenis bendalir utk mengahadam.
  2. Ia jgk boleh tolong utk pecahkan lemak.
  3. Ingat tak dekat atas ada sebut dlm lechitin ada choline? Naa..benda ni la yg memecahkan lemak.
  4. Kalau jumlah lechitin ni tak cukup dalam badan, lemak tuh tak pecah betul..kes ni la yg jadi batu karang tuh!
  1. Perlindungan Kanser
 Institut Linus Pauling berkongsi  dalam kajian yang dilakukan pada tikus bahawasanya:

"kekurangan choline yang ditemui dalam lechitin dikaitkan dengan peningkatan dalam kanser hati. 

Ini adalah kerana dengan pengambilan choline yang tidak mencukupi, hati akan sensitif kepada bahan kimia penyebab kanser.  

Dalam tikus, kekurangan choline diet dikaitkan dengan peningkatan insiden kanser hati spontan (spontaneous liver cancer) dan meningkatkan sensitiviti kepada bahan kimia karsinogen.  

dengan tahap choline yang rendah, DNA tidak boleh membaiki diri sendiri dengan betul, menyebabkan mutasi yang boleh menjadi karsinogen."

Weeeeeeeeeeeeee~~ pening2..aku bukan budak medik! Ok meh kita konklusikannya;

*bear in mind that choline is in lechitin*

  1. Kalau kadar pengambilan choline ni kurang yakni tak cukup pada kadar yg sepatutnya, 
  2. DNA dlm badan tak dapat baiki diri sniri dgn betul, 
  3. Dan terjadilah bahan kimia karsinogen,
  4. Hati kita akan sensitif kpd bahan kimia tersebut.
  5. Kes ni boleh menyebabkan kanser hati. 
Source: 
http://www.livestrong.com/article/19461-benefits-egg-lecithin/


#phewww! Konklusinya telur separuh masak baik untuk kesihatan disebabkan dalam kuningnya tuh terdapat choline yang memberi banyak manfaat. Dah? Ok..stop kat sini eh..haha..




7 comments:

  1. tq.,info mmg terbaik =).,sgt mmbntu.,sy sdg mngamalkan breakfast dgn satu half-boiled egg stiap hari =)., byk kebaikan tlur rupanya.,

    ReplyDelete
  2. tapi pasal aper doktor diet kata jgn lebih 2 biji seminggu ek. bahaya. kompius aku.

    ReplyDelete
  3. nice info...teringat kisah hj bakhil dalam cerita nasib labu-labi belanja pekerjanya makan telur separuh masak...huhu

    ReplyDelete
  4. Info medis dari kosumsi telur 1/2 matang bagus dan bermanfaat sekali. terima kasih sharenya..... salam

    ReplyDelete
  5. ๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    ๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete